fbpx

Siti Nurhaliza Diiktiraf Antara Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Baru baru ini, nama Dato’ Siti Nurhaliza telah tersenarai dalam majalah tahunan The World’s 500 Most Influential Muslim untuk edisi tahun 2016 yang menjadikan beliau merupakan artis wanita pertama dalam senarai tersebut yang mula dikeluarkan pada tahun 2009.

Bercakap kepada Harian Metro, Siti Nurhaliza meluahkan rasa bersyukur dan terkejut dengan penghargaan itu namun tidak merancang untuk membuat apa apa majlis kesyukuran ekoran berita baik ini.

BACA: Komen Dato’ Siti Nurhaliza Di Instagram Cristiano Ronaldo Jadi Perhatian

“Alhamdulillah, saya mendapat tahu mengenai perkara ini menerusi artikel dari media sosial dan ada peminat yang kongsikan hal ini. Terima kasih banyak-banyak atas penghargaan ini dan semoga saya istiqamah dan mampu menyumbangkan sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Selain Siti Nurhaliza, penyanyi Hafiz Hamidun dan kumpulan nasyid Raihan juga pernah menerima penghargaan yang sama. (rtky/m)