fbpx

Sharnaaz Ahmad Perjelaskan Isu Tinggalkan Set Pengambaran Bicara Hati

Awal hari ini, kami ada menulis perihal Sharnaaz Ahmad yang di’khabarkan lari dari set Bicara Hati lewat malam semalam.

Pihak Sharnaaz Ahmad hubungi wartawan kami untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku beberapa jam selepas artikel itu di’keluarkan. Efisien.

Menurut Sharnaaz Ahmad sendiri, beliau sebenarnya sudah pun berbincang dengan produksi dan pengarah Osman Ali tentang isu jadual pengambaran.

Pelakon yang sedang meningkat naik ini berkata beliau sudah pun memberitahu pihak produksi yang beliau perlu pulang awal kerana ada sesi pengambaran untuk produksi lain keesokan pagi’nya (Ahad).

Namun tindakan Sharnaaz Ahmad pulang awal telah di’salah erti oleh beberapa orang yang berada di’lokasi & menyifatkan tindakan pelakon tersebut sebagai tidak adil untuk produksi Bicara Hati. 

Sharnaaz Ahmad berkata semua masalah tersebut tidak adil jika semuanya di’katakan salah beliau kerana cara kerja pihak produksi sendiri yang tidak professional selama ini — termasuk tidak mempunyai jadual tetap.

BONUS: Menurut pengurus Sharnaaz Ahmad, pelakon tersebut bukan sengaja mahu menunjukkan kemesraan bersama kekasih hati tetapi ketika itu mereka berdua sedang dalam karakter yang di’bawakan dalam telemovie tersebut.