fbpx

Sharifah Sakinah Kini Sudah Hamil?

Tahniah kami ucapkan kepada Sharifah Sakinah jika berita gembira ini adalah benar. Melalui ruangan Miss J di Utusan Malaysia, ada sumber terdekat yang terlepas cakap bahawa pelakon wanita berkenaan sudah pun hamil.

BACA: Adegan Panas: Suami Sharifah Sakinah Tak Kisah?

Perkara tersebut dakwanya ketika ini masih dirahsiakan oleh pihak Sakinah sendiri dan hanya diketahui oleh mereka yang terdekat sahaja. Malah berita tersebut dikuatkan lagi apabila kini Sakinah tidak mahu keluar rumah sangat dan lebih banyak berehat.

Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah keguguran selain turut menafikan bahawa dirinya sudah pun hamil semula, bermula daripada gurauan kakaknya, Sharifah Shahirah.

Apa yang pasti, jika perkara yang disampaikan kepada Miss J tersebut adalah benar, semoga Sakinah dan suami sentiasa menjaga kandungan dengan baik dan dipermudahkanlah segala urusan hendaknya. (rtky/s)