fbpx

Sharifah Sakinah: Gambit Paksa Saya Buka Mulut Tentang Kisah Julia Ziegler

Masih ingat tentang opera sensasi yang melibatkan Julia Ziegler, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira & aktor panas Gambit Abdullah? Kisah sensasi ini semakin berkembang.

Tetapi, kita boleh tolak keluar Sharifah Shahira dari kisah ini kerana sudah tidak signifikan untuk kita libatkan beliau. Kita teruskan opera dengan tiga pelakon layar sahaja.

Beberapa laman hiburan telah berjaya menemubual Julia Ziegler untuk mendapatkan kepastian — aktress ini berkata kejadian itu berlaku supaya si kakak boleh menasihatkan Sharifah Sakinah.

Menurut Julia Ziegler, semua itu tiada kena mengena dengan isu merebut Gambit Saifullah tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap Sharifah Sakinah yang menjaja cerita.

Portal hiburan GUA hari ini berjaya mendapatkan kenyataan balas dari Sharifah Sakinah tentang tuduhan Julia Ziegler yang mengatakan beliau membawa kisah buruk selebriti tersebut kepada orang ramai.

Sharifh Sakinah berkata semuanya berpunca dari Gambit Saifullah yang memaksa beliau untuk membuka mulut tentang apa yang beliau tahu tentang Julia Ziegler.

Aktress muda ini juga tidak menyalahkan Julia Ziegler tetapi kesal dengan tuduhan bahawa beliau yang memulakan semua fitnah jahat terhadap Julia Ziegler.

“Jika saya nak fitnah, saya dah beritahu semua orang. Tapi saya hanya cakap dengan Gambit kerana dia yang mendesak saya untuk bercerita,” ujar Sharifah Sakinah.

Jadi kesimpulan’nya di’sini, adakah Gambit Saifullah adalah dalang sebenar di’sebalik fitnah Julia Ziegler meniduri seorang krew produksi selama ini? Siapa ada nombor telefon Gambit Saifullah?