fbpx

Shahz Jaszle Rancang Kahwini Redwani Putri Tahun Ini

Ramai sebenarnya yang masih tidak percaya yang pasangan ini masih bersama selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu. Itu namanya cinta ya adik adik, ribut taufan badai mendatang bukan menjadi penghalang.

Masih dalam perbicaraan tentang tuduhan berkhalwat dengan seorang gadis tahun lalu, Shahz Jaszle yang ditemui pihak Media Hiburan menjelaskan yang dirinya masih sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.

Kes khalwat beliau nampaknya tidak memberikan pengaruh negatif terhadap kerjaya dalam dunia lakonan — ianya juga tidak memberikan apa apa kesan negatif kepada hubungannya dengan kekasihnya, Redzwani Puteri.

“InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini,” ujar Shahz Jaszle ringkas mengenai hala tuju hubungan mereka. (rtky/m)