fbpx

Shahrol (Shiro) Gila Durian Selepas Isteri Hamil

Comel juga keletah Shahrol Shiro apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Menurut Shahrol, apa yang berlaku adalah sangat berbeza kerana dari seorang yang tidak sukakan durian, dia kini tiba tiba menjadi seorang yang gila durian.

BACA: Isteri Shahrol Shiro Hamil Anak Pertama

“Saya rasa diri saya pelik sangat kerana saya sering loya-loya hendak muntah, selepas itu teringin makan durian setiap masa. Walhal saya seorang yang tidak suka durian dari kecil, sehinggakan orang yang berbau durian pun saya tidak benarkan masuk kereta saya”

“Itu membuatkan saya terfikir mengapa saya tiba-tiba boleh makan durian. Malah ketika ada persembahan di Bera, Pahang, saya minta rakan bawa masakan ikan patin masak tempoyak yang tidak pernah langsung saya makan sebelum ini,” kongsinya kepada mStar Online.

Apa pun, semoga kesihatan isteri Shahrol akan sentiasa terjaga dan dipermudahkan segala urusan. Peminat Shahrol juga dalam masa yang sama tidak sabar menantikan saat pasangan ini menimang cahaya mata. (rtky/s)