fbpx

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin kerana telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, dengan mas kahwin RM10,082 dalam satu majlis yang diadakan di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang.

BACA: Perkahwinan Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Dapat Tajaan RM25 Juta

Syatilla menerima mas kahwin bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Sebelum ini, melalui BH Online, nilai tajaan untuk majlis perkahwinan pasangan ini juga boleh disifatkan sebagai Wedding Of The Year apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta.

Majlis resepsi sebelah keluarga Sam di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari. Bagi peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice!

Gambar Ihsan: TV9