fbpx

Shaheizy Sam Cemas Selepas Terperangkap 7 Jam Dalam Pesawat

Baru-baru dikhabarkan Shaheizy Sam telah terbang ke Switzerland bagi menghadiri Festival Filem Locarno ke-69 yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan. Di sebalik kegembiraan itu, Sam dikatakan berdepan situasi menakutkan apabila terperangkap didalam pesawat selama tujuh jam akibat insiden sebuah kapal terbang lain terbakar.

BACA: Shaheizy Sam, Isteri Tak Bertanggungjawab Isu Baju Raya Tak Siap

Peristiwa ngeri terbabit telah dikongsi oleh pengarah filem Interchange yang turut bersama Sam, Dain Said menerusi status di akaun Facebook. Berikutan kejadian itu, pesawat yang dinaiki oleh mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai disamping kehilangan bagasi ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno.

“Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula. Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula,” katanya kepada Berita Harian Online menceritakan detik cemas yang dialami ketika dalam perjalanan ke Switzerland.

Terdahulu, filem itu mendapat pengiktirafan Festival Filem Locarno apabila dipilih untuk tayangan khas. Interchange dijadualkan berada di pawagam pada awal tahun 2017. Filem seram supernatural ini menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia termasuk Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah. (rkty/w)