fbpx

Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Shah Iskandar dan juga isteri, Siti Sarah Mohd Noor yang telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di dalam majlis yang cukup meriah di dewan Ballroom, East Coast, Singapura.

BACA: Shah Iskandar Alu Alukan Penaja Untuk Majlis Kahwin

Sebelum ini, Shah pernah menyatkaan bahawa memandangkan umur mereka berdua sudah lanjut maka mereka memilih untuk berkahwin tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan. Majlis pernikahan tersebut turut dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara terdekat.

Selain itu, Shah juga sangat bersyukur kerana isterinya itu sangat memahami kerjaya seninya sebagai pelakon dan sangat penyabar. Pelakon ini juga tidak mahu mendedahkan jumlah mas kahwin dan hantaran.

Semoga ikatan perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi rezeki selain dipermudahkan segala urusan. Malah pastinya peminat Shah Iskandar selepas ini menantikan cahaya mata daripada pasangan ini. (rtky/s)

Gambar Ihsan: MediaCorp Suria