fbpx

Sepahtu Pesan Kepada Zero Jangan Mungkir Janji Kepada Keluarga

Walaupun Sepahtu gagal untuk mempertahankan gelaran sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) tetapi persembahan mereka pada malam akhir kelmarin patut diberikan kepujian kerana persembahan mereka cukup bersahaja dan menghiburkan.

Kemenangan yang berpihak kepada kumpulan Zero yang dikatakan sebagai underdog ditepis oleh Jepp kerana baginya (Jep) tidak ada istilah underdog dalam MLM kerana baginya sesiapa yang memberikan persembahan terbaik pada malam itu patut diberikan pujian dan kemenangan.

BACA: Menang RM500,000 Di MLM 2014, Zero Mahu Bawa Emak Tunaikan Umrah

“Tiada siapa pun pasukan underdog dalam MLM ini, sesiapa sahaja yang bagus sudah semestinya layak untuk menang. Saya sendiri secara jujurnya berjumpa dengan Zero dan mereka memberitahu sekiranya menang mereka mahu menghantar ibu mereka untuk tunaikan haji dan membuat rumah”

“Saya kata, saya doakan kalau begitulah niat mereka. Saya rasa saya puas dengan kemenangan Zero. Saya juga bercakap dengan mereka kalau menang jangan lupa janji kepada ibu mereka, kalau tak silap saya di minggu kelima kami bejumpa,” kata Jep.

Manakala Shuib pula, menjelaskan bahawa kemenangan Zero adalah sangat diperlukan apabila mengetahui apa yang sebenarnya dihajati mereka.

“Apabila mereka dapat masuk final, saya cakap kepada mereka, Alhamdulillah. Saya sudah mengenali kumpulan Zero sejak daripada zaman Raja Lawak sehinggalah sekarang ini. Saya juga mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kumpulan Zero”

“Jadi untuk malam ini kita kena terima bukan rezeki Sepahtu dan kemenangan mereka malam ini diperlukan kerana nak bagi emak mereka (Zero) menunaikan haji, buat rumah dan kahwin itu selayaknya,” tambah Shuib. (rtky/hfz)