fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Shah Iskandar & Isteri

Selamat mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, pada hari ini telah berlangsung majlis resepsi pelakon Shah Iskandar dan isteri yang diadakan di IDCC Convention Centre, Shah Alam.

BACA: Shah Iskandar Dan Isteri Selamat Diijabkabul

Dalam majlis resepsi yang cukup meriah itu, selain keluarga terdekat, rakan-rakan artis turut hadir memeriahkan suasana. Sebelum ini, Shah mengambil keputusan untuk berkahwin tanpa mengikat tali pertunangan di atas faktor usia.

Selain itu, Shah juga sangat bersyukur kerana isterinya itu sangat memahami kerjaya seninya sebagai pelakon dan sangat penyabar. Pelakon ini juga tidak mahu mendedahkan jumlah mas kahwin dan hantaran.

Semoga ikatan perkahwinan mereka akan sentiasa dilimpahi rezeki selain dipermudahkan segala urusan. Malah pastinya peminat Shah Iskandar selepas ini menantikan cahaya mata daripada pasangan ini. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Moma Pixel