fbpx

Scientology & Karier Tom Cruise Menjadi Punca Katie Holmes Fail Cerai

Ini secara rasmi menjadi satu kes penceraian selebriti paling mengejutkan untuk tahun 2012. Katie Holmes Jumaat lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Tom Cruise.

48 jam selepas berita mengejutkan ini tersebar, para wartawan hiburan Hollywood berjaya menghidu beberapa punca sebenar kenapa Katie Holmes ingin berpisah hidup dengan Tom Cruise.

Salah satu punca utama adalah fahaman agama Scientology yang di’pegang Tom Cruise. Katie Holmes bimbang suami’nya itu akan memaksa penglibatan Suri yang kini berusia 6 tahun.

Dalam fahaman Scientology, umur enam tahun merupakan masa di’mana badan agama itu mula melibatkan diri dalam pelbagai urusan kehidupan & peribadi.

Katie Holmes tidak mahu Tom Cruise meletakkan Scientology sebagai agama mutlak Suri & juga sebenarnya agak bimbang dengan hubungan kuat suami’nya itu dengan Scientology.

E! News pula melaporkan yang Tom Cruise hanya tahu menjadi suami & bapa yang baik apabila berada di’samping Katie Holmes dan Suri tetapi lebih pentingkan kerjaya beliau — dan itu kurang di’senangi Katie Holmes.

Katie Holmes mahukan Tom Cruise untuk lebihkan masa bersama keluarga tetapi aktor A-list itu hanya tahu menjalankan tugas sebagai pelakon menurut sumber terdekat dengan kedua dua pasangan ini.

Laporan awal turut ada menyebut yang Katie Holmes bakal menerima US$15 juta hasil daripada penceraian ini yang merupakan sebahagian harta sepencarian ketika bersama Tom Cruise.