fbpx

Scha al-Yahya & Awal Ashaari Sambut Tahun Baru Di Langkawi

Ingat lagi beberapa hari lalu kami ada menulis hint yang mengatakan pasangan teman tapi mesra terbaru ini bercuti menyambut tahun baru di Singapura? Kami silap.

Semalam, kami di’kunjungi seorang rakan yang kebetulan juga menyambut tahun baru di Pulau Langkawi. Ini berita yang beliau bawa.

Ketika rakan kami sedang mencuci mata di’sebuah kedai coklat di’sana, dia terlihat kelibat Scha al-Yahya & Awal Ashaari yang kebetulan berada dalam kedai yang sama.

Mereka kelihatan mesra memilih coklat untuk di’bawa pulang atau mungkin untuk makan bersama-sama di tepian pantai.

Rakan kami yang juga kaki gossip cuba mencari jika ada rakan-rakan mereka yang lain sebelum membuat konklusi yang mereka hanya berdua — tiada.

Mungkin Scha al-Yahya mahu mengaburi mata orang ramai, beliau di’lihat keluar dari kedai coklat itu seorang diri & di’ikuti Awal Ashaari tidak lama selepas itu.

Dalam Twitter Scha al-Yahya pada sehari sebelum tahun baru, beliau menghantar gambar pintu imigresen Singapura untuk mengaburi mata peminat. Hari ini, semua akan tahu.

Awal Ashaari kami sedia maklum yang beliau lambat tiba di Pulau Langkawi kerana pesawat lambat tiba di LCCT.