fbpx

Rozita Che Wan Sahkan Bakal Nikah Julai Ini

Ah akhirnya ada juga pengesahan tentang teka teki sama ada pasangan ini benar benar bercinta & akan berkahwin seperti yang di’dakwa oleh pihak lelaki sebelum ini.

Rozita Che Wan bercakap kepada Harian Metro hari ini mengesahkan yang beliau & Zain Saidin bakal bernikah sekitar hujung Julai 2013.

“InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan,” ujar Rozita Che Wan yang turut memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya tidak perlu.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” tambah Rozita Che Wan lagi.

Tahniah buat Rozita Che Wan & Zain Saidin dan para peminat boleh sudah menghitung hari menjelang detik bahagia mereka. Heh. Di’bawah gambar saat bahagia mereka bercuti ke Singapura baru baru ini.