fbpx

Esok hari, kami akan berlepas ke Indonesia untuk sebuah sessi bertemu vokalis kumpulan sensasi Peterpan, Nazriel Ilham atau Ariel.

Rangka pertemuan antara wakil media Malaysia dan Ariel Peterpan ini adalah usaha pihak Universal Music Malaysia untuk mendapatkan reaksi dan juga maklumbalas penyanyi itu dari perspektif tempatan.

Kami di’jadualkan untuk bertemu Ariel Peterpan pada 24 Mac ini di Bandung, Indonesia di’mana lokasi penjara menempatkan penyanyi ini selama hampir 2 tahun ini selepas kes video lucah beliau sekitar 2010. 

Kami sudah mempunyai set soalan kami sendiri untuk di’ajukan kepada Ariel Peterpan nanti dan kami fikir apalah kira’nya kalau kami berikan peluang untuk anda bekalkan kami soalan dari hati anda.

Caranya mudah sahaja, cuma tinggalkan soalan bernas anda di’ruangan komen di’bawah dan kami akan pilih 5 soalan yang terbaik untuk kami bawa & ajukan kepada Ariel Peterpan di Bandung nanti.

Jika anda lebih selesa menggunakan Twitter, tuliskan soalan anda & di’ikuti hashtag #TanyaAriel supaya boleh kami jejak soalan anda untuk pihak kami pertimbangkan. Perah minda anda & cabar Ariel Peterpan dengan soalan anda.