fbpx

Ini baru sahaja masuk ke e-mail kami awal pagi tadi. Bersemangat juga peminat hiburan Malaysia ini kalau perkara berkaitan gossip.

Dan, ini bukan gossip biasa. Mari kita gelarkan ini sebagai gossip antara negara. Seorang selebriti di Indonesia telah di’lihat bersama pelakon wanita negara kita.

Roby, gitaris utama Geisha telah di’lihat bersama Tasha Shila makan malam di’sebuah restoran Itali yang popular sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Roby Geisha sudah kita ketahui turun ke Malaysia untuk menyertai siri jelajah Rock & Stars tetapi ini sesuatu yang menjadi misteri — apakah status sebenar hubungan Roby Geisha & Tasha Shila? Kawan sekolah? Sepupu? Atau mereka punyai hubungan cinta rahasia?