fbpx

Kepada peminat setia program variasi SBS, Running Man ini anda tidak perlu berspekulasi lagi tentang kehadiran program ini ke bumi Malaysia.

Laporan terbaru ada menyebut yang seluruh produksi Running Man akan menjalankan penggambaran di beberapa buah negara Asia tidak lama lagi tetapi Malaysia bukan salah satu destinasi mereka.

Menurut sumber industri hiburan Korea, Running Man akan ke Macau pada awal Februari sebelum bergerak ke Vietnam sebagai destinasi luar negara mereka tahun ini.

Penggambaran akan mengambil tempat di Macau Tower & bandar Hanoi di Vietnam namun tetamu undangan mahu pun format yang akan di’jalankan masih tidak di’ketahui.

Wakil peserta tetap Running Man mengesahkan berita ini & mengatakan bahawa kesemua yang terlibat telah memiliki tiket penerbangan ke Hong Kong & Macau. Peminat di Malaysia, teruskan berharap.