fbpx

Popular Di Seluruh Dunia, Gangnam Style Berjaya Mengutip RM31 Juta

Kami pasti ramai antara anda yang kini sedang dilanda demam Gangnam Style yang turut melanda seluruh dunia. Ke mana pun anda pergi, lagu ini menjadi siulan.

Dek populariti yang di'kecapi PSY di seluruh dunia melalui Gangnam Style, selebriti pop Korea ini di'katakan telah berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.

Majoriti pendapatan Gangnam Style adalah melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satu'nya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan kini PSY mempunyai 10 kontrak.

Selain itu, konsert beliau Summer Stand yang berlangsung pada 11 Ogos 2012 lalu berjaya membawa masuk lebih US$3 juta ke dalam poket PSY. Itu hanya satu konsert.

Penjualan lagu & album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.

via allkpop

zp8497586rq