fbpx

PING: Fenomena Artis Borneo

Seperti kami katakan sebelum ini, ini merupakan salah satu inisiatif kami dengan kerjasama RTM untuk membawakan anda diskusi ilmiah berkaitan dunia hiburan di Malaysia.

Dan, untuk program PING yang akan bersiaran malam ini, ia’nya merupakan edisi khas di’mana rakaman di’adakan di Sabah dan topik pastinya mempunyai kaitan rapat.

Kali ini, PING akan membawakan diskusi berkaitan Fenomena Artis Borneo yang pasti’nya membahaskan pro dan kontra kemasukan artis Borneo ke Semenanjung Malaysia.

PING edisi Sabah minggu ini menjemput artis kelahiran Sabah Jimmy Palikat, Nikky Palikat, Janrywine J Lusin dan DJ Othoe untuk membahaskan topik menarik ini.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti PING! malam ini (3 Ogos 2012) yang akan bermula 10.00 malam di TVi saluran Astro 180.