fbpx

Kalau anda pendengar setia ERA FM, pasti anda sudah pun sedia maklum yang Bakat JoHaRa telah masuk ke peringkat separuh akhir bermula pagi tadi.

Lima peserta peringkat akhir telah selamat memperdengarkan bakat masing masing pagi tadi & anda semua boleh mula mengundi bakat siapa yang menjadi pilihan.

10 lagi peserta Bakat JoHaRa akan tampil pada 10 & 11 April 2012 untuk memperdengarkan bakat terpendam mereka dalam bunyian yang kreatif di radio ERA FM.

Anda sudah boleh mula mengundi Bakat JoHaRa pilihan ada melalui Facebook rasmi ERA FM & dua penerima undi tertinggi setiap hari akan mara ke peringkat akhir pada 13 April 2012 iaitu Jumaat ini. 

Penentuan siapa yang akan bakal pulang dengan wang tunai RM50,000 juga berdasarkan undian oleh pendengar ERA FM di Facebook rasmi mereka. Undian untuk memilih juara Bakat JoHara dibuka dari Jumaat, 13 April 2012 jam 10 malam sehingga hari Isnin, 16 April 2012 jam 7 pagi.