Oleh RotiKaya Staff pada
18 April 2012, 6:04PM

Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh di’jadikan modal untuk tujuan politik. Dan, kita dalam industri hiburan boleh tumpang sekaki dengan apa yang terjadi. Heh.

Free Malaysia Today melaporkan hari ini yang ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut ahli parlimen PKR ini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ini telah membayar RM1.5 juta kepada seorang selebriti bergelar pelakon popular kerana hubungan sulit mereka.

Zuraida Kamaruddin mendakwa yang aktress popular ini menerima RM58,000 pada Oktober 2011, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan juga RM510,000 pada Januari tahun ini.

Perkara ini pada asalnya di’dedahkan oleh bekas pemandu peribadi aktress ini sendiri selepas beliau di’dakwa melarikan RM200,000 milik aktress itu baru baru ini. Ahah!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...