fbpx

Nora Danish Nasihat Ibu Bapa Isu Komen Lucah

Mempunyai hampir 2 juta pengikut di laman sosial Instagram, tidak dinafikan, Nora Danish pastinya terpaksa menghadap pelbagai jenis komen daripada peminat mahu pun haters, namun hari ini, Nora akhirnya menyuarakan pendapat mengenai kanak-kanak yang meninggalkan komen lucah di akaun Instagram miliknya.

BACA: Butik Dirompak, Nora Danish Nyaris Tanggung Rugi

Nora-Danish-Nasihat-Ibu-Bapa-Isu-Komen-Lucah---ROTIKAYA

Dalam kemaskini terbaru Instagramnya itu, Nora menyuarakan kebimbangan terhadap komen-komen lucah yang dilihat datangnya daripada akaun kanak-kanak. Berdiri di atas kesedaran sebagai ibu bapa, Nora menasihatkan agar ibu bapa di luar sana agar memantau aktiviti anak-anak.

Menurut Nora, kebiasaannya dia akan block pengikut atau akaun yang meninggalkan komen lucah dan bermula daripada situ, dia mula perasan bahawa kanak-kanak juga merupakan penyumbang kepada komen yang tidak senonoh tersebut.

Selain itu, Nora sempat menjelaskan perkara tersebut adalah ditujukan kepada mereka yang sudah mempunyai anak dan menasihatkan kepada yang belum berkahwin agar tidak memberi pendapat yang tidak berasas. Well, kami rasa, anda pun tahu kesudahan bagaimana komen yang ditinggalkan selepas Nora menyuarakan pendapatnya, bukan? (rtky/syfq)