fbpx

Nora Danish Minta Selebriti Dikecualikan Bayar Cukai

Nampaknya permintaan Nora Danish kali ini dilihat akan menimbulkan perang mulut di kalangan masyarakat. Baru baru ini melalui Utusan Malaysia, Nora telah mencadangkan agar penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai bagi menampung kos penampilan diri agar sesuai status mereka sebagai selebiriti.

BACA: Nora Danish Impikan Konsep Perkahwinan Di Bali

“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita [membayar cukai]. Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri,” katanya.

Tambah Nora lagi, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada kerja mereka dan barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja mereka sebagai selebriti. Hmm, boleh tahan juga saranan Nora Danish.

Jadi bagi anda yang sedang membaca ini, apa pendapat yang anda mampu luahkan? Apa yang pasti, perkara sebegini pastinya menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat biasa yang bukan selebriti dan sebenarnya, setiap orang pun menjaga mahu menjaga penampilan masing masing. (rtky/s)