fbpx

Nora Danish Difitnah Berbikini Ketika Bercuti Di Bali

Kecoh di laman sosial media apabila dikatakan bahawa Nora Danish telah berbikini ketika bercuti baru-baru ini. Namun, demi menegakkan perkara yang benar, pelakon tersebut menjelaskan di laman Instagram bahawa wanita yang dikatakan dirinya itu adalah rakannya.

BACA:

Tidak mahu terus dihentam oleh haters, Nora juga sempat menjelaskan bahawa wanita dalam gambar berkenaan adalah rakannya yang berbangsa Cina. Pada mulanya, Nora memulakan misi mencari identiti wanita yang dikatakan dirinya itu, dengan nada sinis.

1 - Nora Danish Difitnah Berbikini Di Bali - ROTIKAYA

Bagaimanapun, melalui satu lagi muatnaik gambar terbaru tidak lama selepas Nora meneruskan misi pencariannya itu, dia menejelaskan perkara yang berlaku malah turut disokong oleh peminatnya berikutan pendedahan itu.

2 - Nora Danish Difitnah Berbikini Di Bali - ROTIKAYA

Buat Nora, mungkin ini masa yang sangat mencabar bagi dirinya kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika ini. Pastinya ada sesuatu yang besar dan positif menanti selebriti kesayangan ramai ini di masa hadapan. (rtky/s)