Oleh RotiKaya Staff pada
13 September 2012, 1:09PM

Pertama sekali, kami bangga dengan keputusan Ning Baizura yang menarik diri dari meneruskan satu persembahan yang di’ketahui umum melibatkan sebuah syarikat minuman keras.

Mungkin penyanyi bersuara lunak ini lebih memikirkan masa hadapan keluarga dan anak sulung yang sedang di’kandungnya kini. Ya, Ning Baizura sahkan dirinya hamil.

Portal hiburan Murai melaporkan Ning Baizura secara eksklusif mengakui yang dirinya kini sudah berbadan dua tetapi tidak memberikan sebarang maklumat lanjut lain.

“InsyaAllah, jika tiada aral minggu hadapan saya akan uar-uarkan. Anda mesti datang,” ujar Ning Baizura yang di’temui di malam gala filem Untuk Tiga Hari, semalam.

Laporan turut menyebut yang Ning Baizura sudah mengalami perubahan fizikal dek kehamilan beliau dan tampak jelas ketika berada di’atas pentas. Tahniah Ning Baizura & suami.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...