fbpx

Natasha Hudson Kongsikan Gambar Anak Ketiga

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Natasha Hudson dan juga suami, Carleed Khaza kerana telah dikurniakan cahaya mata ketiga pada 14 September lalu. Bayi perempuan tersebut selamat dilahirkan secara normal di Hospital Umra, Shah Alam.

BACA: Natasha Hudson, Amyra Rosli Ganti Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White

Menurut laporan daripada Harian Metro itu, Natasha memohon maaf kerana lambat berkongsi berita gembira tersebut kerana sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi tersebut. Anak ketiga mereka diberi Faatimah Mohd Khalid.

Selain itu Natasha juga menjelaskan bahawa dia merasa cukup bertuah kerana si suami menjaganya sepanjang tempoh berpantang. Natasha dan Carleed bernikah pada April 2012 dan dianugerahkan dua zuriat iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Semoga pertambahan cahaya mata di dalam keluarga mereka ini akan memberikan lebih sinar dan pastinya doa peminat sentiasa mengiringi pasangan ini. (rtky/s)