fbpx

Nas-T Akui Rezeki Melimpah Lepas Berkahwin

Nas-T yang pada mulanya hanya mendengar cerita daripada rakan-rakan yang telah berkahwin, kini melalui sendiri pengalaman rezeki melimpah. Apa yang pasti, dia sangat bersyukur dengan perkara berkenaan.

BACA: Nas-T Nafi Bermusuh Dengan Bekas Suami Isterinya

“Dulu asyik dengar kawan-kawan cakap, lepas kahwin insya-Allah rezeki bertambah. Akhirnya saya sendiri alami perkara itu. Bersyukur sangat atas limpahan rezeki-Nya ini. Sebelum pelantikan ini, ada syarikat pengeluar susu kambing menawarkan kepada kami sekeluarga sebagai model untuk mempromosikan produknya untuk sebuah iklan komersial”

“Selain itu, terdapat juga tawaran lain yang memerlukan kerjasama kami bertiga untuk menjayakannya. Malah Atitah pun dilamar produksi drama untuk berlakon, tetapi disebabkan kekok berada di depan kamera, dia menolaknya”

“Bagaimanapun, Atitah ada beritahu, jika tawaran itu memberikan watak sebagai suami isteri kepada kami berdua, dia berminat untuk mencuba kerana kehadiran saya di sisi mungkin mampu menghilangkan rasa gugupnya,” jelas Nas-T kepada Utusan Online.

Sementara itu, Nas-T dalam masa yang sama turut mengakui merasa rindu untuk kembali berlakon dan kini dia dalam masa yang sama turut giat membina badan selain turut memasuki acara bina badan. (rtky/s)