fbpx

Nadia Annuar Pilih Jutawan MLM Jadi Bakal Suami

Jika dulu pengacara dan personaliti televisyen, Nadia Annuar pernah dikaitkan dengan Sammy Simorangkir, kini dia menjelaskan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan November ini bersama pilihan hati yang juga merupakan seorang jutawan muda dalam perniagaan jualan langsung.

BACA: Sammy Simorangkir Kembali Bersama Nadia Annuar?

“Saya tidak mahu dedah dahulu bila tarikh majlis itu, cuma pertengahan November kalau tiada aral, kami akan dinikahkan. Bakal suami saya bernama Hafiz, dan kalau ikutkan kami sudah bertunang beberapa bulan lalu”

“Sebelum ini saya pernah bercinta lama, tetapi tidak ke mana juga. Jadi bila berkenalan dengan Hafiz, kami belajar tentang apa yang kami mahu dalam hubungan ini. Tidak perlu lama-lama bercinta dan ambil keputusan untuk berkahwin lebih cepat,” jelasnya kepada Utusan Online.

Tahniah diucapkan kepada Nadia kerana bakal membina sebuah keluarga tidak lama lagi. Selain itu, Nadia juga dilihat mula berkongsikan gambar bersama bakal suaminya itu dan peminat juga tidak sabar menantikan hari bahagia mereka. (rtky/s)