fbpx

Musim Bercuti, Tasha Shilla & Kekasih Pilih Ke Phuket

Kalau Instagram anda penuh dengan gambar rakan rakan bercuti ke luar negara, ketahuilah oleh anda yang sekarang ini memang musim rakyat Malaysia mencari kedamaian di luar negara — kerana Lembah Klang tidak cukup cool tanpa bekalan air. Eh.

Selebriti kita juga tidak terkecuali untuk memanfaatkan musim bercuti ini untuk menghabiskan masa di luar negara. Semalam kita sudah melihat Ana Dahlia dan kekasih lengan besar beliau bercuti di Bangkok untuk mengambut pesta Songkran.

BACA: Ana Dahlia Dan Kekasih Basah Di Bangkok, Thailand Sambut Songkran

Tasha Shilla juga tidak mahu ketinggalan dan ketika artikel ini ditulis, beliau bersama kekasihnya Hans kini sedang berada di pusat percutian popular di Thailand untuk bercuti — pantai dan makanan sedap dan Phuket.

Hujung tahun lalu, Tasha Shilla ada memberikan kenyataan yang beliau dan Hans masih mengenal hati budi masing masing dan belum bergelar kekasih. Kami ambil percutian bersama ini sebagai tanda yang anda berdua sudah bercinta. Heh.

Berikut merupakan beberapa keping gambar percutian pasangan ini yang Tasha Shilla kongsikan di laman Instagram beliau untuk tatapan para peminat dan membuatkan kita semua yang tidak dapat bercuti ke mana mana ini cemburu. Huh. (rtky/m)