fbpx

“Mungkin Umur 33 Tahun Saya Sudah Ada Anak”

Tidak menyangka dirinya telah dinobatkan sebagai Bintang Popular Berita Harian 29, Neelofa menjelaskan bahawa dia tidak meletakkan sebarang harapan terhadap kejayaan yang sama pada masa hadapan selain mahu berhati-hati memberikan sebarang kenyataan.

BACA: Neelofa Raih Gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 2015

“Nak jadi artis senang, nak kekalkan bukannya mudah dan saya tidak meletakkan sebarang harapan. Saya sangat berhati-hati memberikan sebarang kenyataan, sekiranya ada apa sahaja yang berlaku saya akan senyapkan diri atau ada yang teruk sekali pun, kalau perlu untuk saya bercakap, barulah saya akan bercakap,” katanya kepada Rotikaya.

Neelofa turut berkata, populariti itu akan menjadi ubat atau madu yang paling baik sekiranya seseorang itu tahu menggunakannya dengan cara yang betul, sebaliknya populariti itu akan menjadi racun apabila ditenggelamkan dek populariti itu sendiri.

“Bagi saya kedua-dua populariti boleh menjadi madu atau racun. Kalau kita pandai gunakan sudah tentu dia akan menjadi madu tetapi boleh jadi racun jika kita tenggelam. Saya bersyukur dan sangat bertuah kerana mempunyai satu pasukan yang sentiasa mengingatkan saya,” katanya.

Sementara itu, Lofa turut disoal akan perancangannya untuk 6 tahun akan datang dan berkata, mungkin ketika itu dia sudah berkahwin dan mempunyai anak dan kemungkinan besar akan bersara daripada dunia perniagaannya serta mahu memfokuskan diri pada keluarga dan dirinya.

“Berkeluarga Insya-Allah pasti, mudah-mudahan 30 tahun paling lambat. Mungkin dalam umur saya 33 tahun saya sudah mempunyai anak. Dari segi bisnes saya harap saya boleh bersara ketika itu”

“Saya nak fokus pada keluarga, melancong dan mempelajari kursus tertentu dalam jangka masa pendek. Saya nak jadi Neelofa yang lain daripada sekarang ini di mana saya akan lebih fokus pada diri,” ujarnya. (rtky/h)