fbpx

Misha Omar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Misha Omar dan juga suami kerana telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam semalam. Bayi lelaki seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM), Cheras.

BACA: Insiden Melibatkan Pesawat MAS, Suami Misha Omar Lebih Penyayang

“Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan. Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam”

“Saya bersyukur kerana kebetulan suami, Firros Ezzwan Rosly pulang bercuti dan bergegas ke hospital untuk bersama saya ketika menempuh detik menguji itu,” jelasnya kepada BH Online. Sebelum ini, pasangan itu memiliki dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir dan Humaira Lateefa.

Sementara itu, buat masa ini, bayi tersebut masih belum diberikan nama malah menurut Misha, disebabkan bayi tersebut dilahirkan pra-matang, penyanyi ini memerlukan masa dan ruang untuk memberikan epenuh perhatian kepada anaknya yang kini masih berada di bawah pengawasan doktor. (rtky/s)