fbpx

Misha Omar Bersyukur Anak Keluar Hospital

Selepas seminggu bayi lelaki yang dilahirkan secara pra matang penghujung Ogos lalu, Misha Omar bersyukur akhirnya Muhammad Idris Ezzwa telah dibenarkan pulang ke rumah semalam. Pun begitu, akuinya lagi, seminggu tanpa bayi disisinya memberikan pengalaman cukup mengujikan buat dirinya apabila bayi tersebut diletakkan dibawah pengawasan doktor.

BACA: Misha Omar Selamat Lahirkan Anak Sulung

1- Misha Omar Bersyukur Anak Keluar Hospital - jpeg

“Alhamdulillah, tiada yang lebih menggembirakan apabila doktor memaklumkan perkembangan kesihatan Idris bertambah baik dan dibenarkan pulang. Biarpun mempunyai pengalaman membesarkan dua anak sebelum ini, namun banyak perkara baharu yang saya pelajari dan cuba fahami sejak kelahiran Idris. Saya bersyukur dipilih Allah untuk melalui pengalaman ini”

“Saya memahami ramai yang ingin bersama meraikan kegembiraan apabila mengetahui saya menimang bayi. Saya menganggapnya sebagai doa, malah begitu terharu apabila menerima ucapan tahniah daripada semua. Cuma untuk sementara waktu, doktor menasihatkan saya supaya tidak menerima tetamu sehingga Idris benar-benar sihat,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, Misha berharap orang ramai menghormati permintaanya untuk memberikan ruang kepada bayi beliau yang baru sahaja keluar daripada hospital setelah seminggu ditahan akibat lahir pra matang demi kesihatan bayi tersebut. Bagaimanapun, Misha sempat berkongsikan gambar penuh wajah bayi comel itu kepada peminat yang pasti sudah lama menantikannya.

Terdahulu, Misha telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.05 kilogram di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada 24 Ogos lalu. Bayi comel itu telah dilahirkan secara normal namun bagaimanapun bayinya keluar tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan dan terpaksa diletakkan dibawah pengawasan doktor. (rkty/w)

Gambar ihsan: Berita Harian Online