fbpx

Mia Ahmad Sedia Kahwin, Tapi Tiada Calon

Jika sebelum ini beliau menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pemain bolasepak JDT, namun Mia Ahmad akui jauh disudut hati beliau sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Namun, buat masa sekarang beliau masih belum menemui calon yang sesuai.

BACA: Mia Ahmad Tumpang Gembira Saharul Ridzwan Bakal Kahwin

“Ikutkan saya sendiri juga sudah bersedia, keluarga memang ada bertanya tentang ini. Tetapi tidaklah sampai mendesak saya untuk berkahwin. Saya memang memulakan karier lakonan pada umur agak lewat. Bagaimanapun saya tidak pernah terfikir untuk lupa terus soal perkahwinan walaupun saya sedang usaha fokus kepada kerjaya”

“Tidak risau pun kalau ada yang anggap lelaki takut mendekati saya gara-gara gosip ini. Bagi saya, kalau benar ada jodoh, pasti saya akan berkahwin juga,” katanya kepada Utusan Online apabila ditanyakan mengenai gossip cinta yang pernah hangat diantara beliau dan pemain bolasepak JDT akan memberi kesan didalam kehidupan peribadinya.

Sementara itu, ketika ditanya pula mengenai perangcangan kerjaya beliau jika sudah berkahwin nanti, jelas pelakon ini beliau akur jika bakal suaminya ingin beliau meninggalkan dunia seni. Dan oleh kerana itulah, buat masa ini fokus utamanya adalah kerjaya seninya terlebih dahulu sebelum dirinya menjadi milik orang lain. (rkty/w)