(Melodi) Nora Danish Akui Ada Kawan Lelaki Yang Rapat, Bukan VIP
January 24, 2010 by RotiKaya Staff
Selepas lebih dua bulan, Melodi akhirnya keluar dengan berita ini.
Hari ini, wartawan Melodi bertanyakan kepada Nora Danish tentang hubungan cinta baru beliau.
Nora Danish di’katakan di’lihat makan malam bersama seorang lelaki di sebuah restoran di ibu kota.
Kami juga pernah menulis yang ada peminat terserempak dengan pasangan ini di Suria, KLCC bersama-sama mencari pewangi.
Nora Danish mengakui yang beliau kini mempunyai seorang kawan lelaki yang memang rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta.
Nora Danish juga menafikan yang lelaki tersebut merupakan seorang VIP mahupun suami atau kekasih orang.
Kami doakan proses mengenal hati budi antara Nora Danish & lelaki ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah. Bagus untuk anak Nora Danish.
Kami juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat anak Nora Danish, Putera Rayqal Ramli. Dengar cerita mama awak anjurkan parti malam ini.


Obefiend on Sun, 24th Jan 2010 1:50 pm
tak serik lagi ngan VIP ye kak. talpe la. apa la sangat penampar dan lagak playboy kalau di lengan ada LV dan barang mahal
win some lose some
RotiKaya Staff on Sun, 24th Jan 2010 2:34 pm
tahniah kepada Mr.Obe kerana menjadi peminat pertama RotiKaya di Facebook =)
ha! anda bila lagi? http://www.rotikaya.com/fb
Kak Wok on Mon, 25th Jan 2010 5:46 am
@Obefiend:
Biasalah tu. Nak suruh mummy & daddy belikan tak mampu. So terpaksalah cari calon suami yang kaya raya. VIP ke, anak VIP ke asalkan ada LV. What’s so great about LV? Hermes lagi kelas from my viewpoint!
kisahsensasi on Mon, 25th Jan 2010 7:05 am
Rasanya bukan die tak serik…. cuma mungkin VIP je yang brani nak mengorat die…
johor gurl on Wed, 27th Jan 2010 6:36 pm
Suke ati dia r nak kawn,kawin ke ngn sape…sebagai sedara seislam,kita patut doakan kebahagiaan dia…x gitu? Mane tau kali ni ok,more responsible,loving,caring…bertuah badan Nora yg cute giler ni…For Nora hope hepi always..
linz on Tue, 16th Feb 2010 4:11 pm
biar lah die nak kawin dgn sape pun..janji die bahagia..