fbpx

Melayu Sensitif: Harith Iskander Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini kecoh juga di sosial media mengenai dakwaan – babi ucap selamat hari raya – yang sempat dimuatnaik oleh individu yang sangat mengambil berat tentang bangsa dan agamanya. Namun apa yang sedihnya, berita tersebut tersebar dengan begitu cepat tanpa usul periksa, sedangkan apa yang didakwa babi tersebut adalah seekor wombat. Sila Google wombat itu apa.

BACA: Gambar Anak Harith Iskander Di Laman Web Lucah

Harith Iskander yang selalunya peka dengan keadaan semasa mengambil kesempatan untuk ‘meminta maaf’ terhadap perkara tersebut di laman Facebook miliknya. Ada yang cepat menilai sehingga tidak perasan apa yang ditulis oleh pelawak itu hanyalah sekadar sindiran.

Melayu Sensitif- Harith Iskander Tampil Mohon Maaf - ROTIKAYA

Apa pandangan anda terhadap isu haiwan bernama wombat ini? Kami pun tidak tahu mahu kata apa apabila mulut lebih cepat berbicara daripada otak (ini maksudnya belum fikir apa-apa terus sebar) ditambah pula semua perkara pun mahu “viral” sekarang ini, akhirnya kebodohan terpampang, malu diri sendiri. (rtky/s)