fbpx

Masih Aku Cinta — Shila Amzah Lancar Lagu Baru Buat Sharnaaz Ahmad

Walaupun sebenarnya belum ada kata putus dari kedua dua belah pihak tentang status sebenar hubungan mereka kini, selepas apa yang terjadi kita semua boleh agak pengakhiran’nya.

Sekitar jam 5.30 petang hari ini, Shila Amzah melalui akaun Twitter beliau mengumumkan lagu terbaru berjudul Masih Aku Cinta yang di’akui beliau di’tulis untuk Sharnaaz Ahmad.

Lagu dengan iringan petikan gitar oleh Shila Amzah ini kami kira bukan dalam peringkat terakhir produksi tetapi cukup untuk memberikan gambaran tentang perasaan Shila Amzah ketika ini.

DENGAR: Lagu Terbaru Shila Amzah Masih Aku Cinta Di Sound Cloud

Antara bait lirik yang boleh kita dengar dalam lagu Masih Aku Cinta ini adalah “…satu dunia menentang cinta kita kita, akhirnya kita terpisah jua”

Maafkan kualiti audio yang kami terbitkan semula untuk memudahkan anda semua mendengarnya di Youtube. Enjoice!

Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku