fbpx

Pelakon dan juga penyanyi Marsha Milan Londoh bakal bergelar Kim Kardashian Malaysia tidak lama lagi apabila beliau akan menjayakan sebuah program realiti TV yang seakan-akan sama versi terbitan Hollywood, Keeping Up with the Kardashians.

“Tidak lama lagi saya akan bersama-sama dengan pelakon Sharifah Sakinah untuk menjayakan sebuah program realiti yang seakan-akan sama seperti program Kim Kardashian di Hollywood itu. Cuma belum tahu lagi bila dan dimanakah rancangan itu bakal disiarkan”

“Program terbitan bersama pengarah Michael Ang itu telah dibincangkan dan kita hanya tunggu masa yang sesuai untuk diterbitkan,” katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, turut dibincangkan mengenai perkara yang sama iaitu, lakonannya dalam filem Laga yang agak berani dan seksi itu berkemungkinan akan memberikan lagi kritikan yang hebat apabila ditayangkan kepada umum pada 23 Januari ini.

Jelasnya dia sebelum itu, telah bersedia mengenai tanggapan umum dan bersedia dikutuk.

“Sebelum tayangan filem ini pun sudah ramai memberikan komen-komen yang negative dan juga positif, tetapi saya ambil sebagai satu komen yang baik buat diri saya untuk terus memperbaiki lakonan saya, dan sebelum berlakon dalam filem ini pun saya sudah berfikir dan bersedia untuk dikritik orang ramai,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)