fbpx

Mahu Jaga Hati Peminat, Linda Onn Tarik Diri Dari ABPBH

Selepas Adi Putra mengumumkan yang beliau menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun hadapan, kini giliran Linda Onn pula mengikut jejak langkah sama.

Memberikan faktor yang sama seperti Adi Putra, Linda Onn berkata beliau merasa bersalah terhadap peminat yang kecewa tidak dapat melihat kemenangan beliau walaupun sudah berusaha keras mengundi.

“Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata mata kerana peminat saya”

“Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun mereka pun telah bersusah payah melakukan undian,” jelas Linda Onn kepada mStar Online.

Linda Onn turut berkata yang penarikan diri beliau boleh memberikan laluan kepada muka muka baru dalam dunia penyampai radio selain turut berharap peminat terus menyokong kerjaya beliau.