fbpx

Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Mahkamah Rendah Syariah Seremban di sini hari ini mengesahkan perceraian pelakon terkenal Rita Rudaini Mokhtar, 37, dengan pemain bola sepak Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 26.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor mengesahkan cerai talak satu yang dilafazkan Mohd. Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.

Mohd Aidil selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa SMS yang dihantar kepada Rita Rudaini sekitar pukul 4 hingga 5 petang itu ditaip sendiri dalam keadaan sedar dan tanpa dipengaruhi sesiapa.

Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya.

“Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut,” kata Hakim Syarie Hamizan.