fbpx

Lisa Surihani, Yusry Panik Bila Anak Menangis

Kelahiran Yahaira Leanne di dalam keluarga kecil Lisa Surihani dan juga Yusry KRU sememangya memberi pengalaman baru buat mereka malah Lisa melalui Harian Metro menceritakan bahawa mereka panik pada mulanya apabila mendengar Yahaira yang berusia tujuh minggu menangis.

BACA: Lisa Surihani, Yusry KRU Risau Gambar Anak Disalah Guna

“Kalau anak kecil menangis, banyak kemungkinan berlaku kepadanya. Jadi sebagai ibu bapa baru, banyak yang kami belum tahu. Minggu pertama kelahiran, kami banyak berjaga malam tapi selepas itu, ia kembali normal”

“Kalau terjaga pun, kekerapannya dua kali sahaja. Nak kata kuat meragam, tak juga tapi ada waktu-waktu tertentu. Syukur ada ibu membantu,” jelas Lisa sambil menyatakan bahawa dia melihat Yusry tidak kekok menguruskan anak.

Selain itu, pelakon ini juga menjelaskan bahawa perasaan rindunya semakin menebal kepada anaknya walaupun baru sekejap sahaja meninggalkan anak atas urusan kerja dan menyifatkan perasaan itu sebagai perkara normal untuk dirinya yang baru bergelar ibu itu. (rtky/s)