fbpx

Lisa Surihani: Sampai Masa, Saya Dedahkan Wajah Anak

Pelakon Lisa Surihani menjelaskan tidak ada unsur eksklusif seperti yang diuar-uarkan sebelum ini untuk mendedahkan wajah puteri sulungnya itu tetapi akan mendedahkan wajah bayinya itu apabila tiba waktu yang sesuai.

BACA: Lisa Surihani, Yusry Panik Bila Anak Menangis

“Tiada unsur eksklusif kerana dia terlalu muda untuk didedahkan kepada umum, bila tiba waktu yang sesuai saya akan memperkenalkannya. Apa sahaja perkara yang saya buat kami akan berbincang terlebih dahulu,” katanya yang ditemui di Majlis Anugerah Skrin 2015 (ASK2015).

Lisa menegaskan ada beberapa perkara yang tidak membolehkan dia dan suaminya (Yusry) sendiri mendedahkan anaknya kepada umum kerana masih terlalu awal dan tidak sesuai dengan keadaan sekarang.

“Biar dia besar dahulu dan buka akaun sendiri itupun terpulang padanya untuk membuka akaun di media sosial atau pun tidak. Lagipun sekiranya didedahkan dengan gambar yang di post di media sosial akan di salah gunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab”

“Jadi tunggu dia besar dan terpulang padanya untuk ada atau pun tidak akaun di media sosial ini,” katanya yang turut bimbang mengenai gejala sosial yang berlaku disebabkan penyebaran gambar di laman media sosial.

Sementara itu, Lisa Surihani turut memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem Dendam Orang Mati di majlis anugerah tersebut. Syabas kami ucapkan kepada Lisa Surihani! (rtky/h)