Les’ Copaque Bakal Lancarkan Taman Tema Bergerak Upin & Ipin 2012
Oleh RotiKaya Staff pada
08 December 2011, 11:12AM

Rasanya tiada siapa boleh nafikan yang karakter kartun kegemaran ramai, Upin & Ipin kini boleh kami gelarkan sebagai Mickey Mouse versi Malaysia.

Tidak niat kami menyamakan karakter comel ini dengan karakter haiwan, tetapi populariti dan kesan kepada kanak kanak Malaysia & Indonesia menyamai apa yang pernah di’lakukan oleh Walt Disney dengan Mickey Mouse.

Umum sudah mengetahui yang Les’ Copaque sudah mendapat restu kerajaan Perak untuk membina Taman Tema Upin & Ipin di Ipoh yang bakal menelan belanja RM200 juta dan pengumuman sudah pun di’lakukan Jun lalu.



Hari ini, Les’ Copaque akan mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan projek Taman Tema Bergerak Upin & Ipin yang bakal menjadi platform awal kepada taman tema sebenar nanti.

Taman Tema Bergerak Upin & Ipin ini akan menjelajah ke seluruh Malaysia dengan singgah di’beberapa buah negeri dan jadual jelajah akan di’umumkan petang ini juga. Berminat? Stay tuned!




Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *