fbpx

Nikah 1 Mei, Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin

Dulu pemilik nama Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, pernah dituduh sebagai perampas namun kini hati pelakon ini sebenarnya telah berjaya ditawan oleh seorang jejaka dari Palestin, Rami Alashkar.

BACA: Ramona Zamzam Nafi Punca Dazrin, Amyra Batal Kahwin

Bakal bernikah pada 1 Mei nanti, Ramona dan Rami kini sama-sama menghitung hari menjelang detik bersejarah mereka yang akan berlangsung nanti malah pelakon filem Jengka ini juga tidak melangsungkan majlis pertunangan.

“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang”

“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama”

“Saya tidak akan mengadakan sebarang sidang media dan untuk majlis akad nikah, ia akan diadakan secara tertutup. Sebab saya rasa, saya bukan popular tapi saya bersedia berkongsi hari bersejarah saya bersama media, andai ada media yang mahu membuat liputan untuk majlis itu nanti,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Ramna juga menceritakan dia memilih jejaka dari luar negara kerana serik bercinta dengan lelaki tempatan selain sikap Rami yang cukup menyenangkan membuatkan dia selesa bersama jejaka berusia 27 tahun itu.

Ramona berkata, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak, diikuti resepsi di Kuala Lumpur pada September.

“Kalau ikutkan saya memang mahu adakan majlis akad nikah sahaja kerana itu yang wajib. Tapi memandangkan saya anak sulung, jadi keluarga mahu adakan resepsi di kampung halaman dan majlis di Kuala Lumpur untuk kedua belah pihak,” katanya. (rtky/s)