fbpx

Lebih 10,000 Banjiri Stadium Putra Bukit Jalil Untuk ABPBH 2012

Memang ramai nama baru yang berjaya memenangi anugerah masing-masing seperti Nabila Huda, Aiman dan juga Wawa Zainal.

Masih mengekalkan Pengacara Radio Paling Popular 2012, Fara Fauzana berjaya ungguli pencalonan pada malam ini dengan membawa pulang dua anugerah termasuk Anugerah Pengacara Televisyen Popular.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH) kali ini begitu menyengat dengan mengetengahkan pengacara popular seperti Zizan Razak, Johan Raja Lawak dan juga Fara Fauzana.

Dimulakan persembahan daripada AC Mizal, Fida dan juga kumpulan One Nation Emcees dengan lagu “Apa Kono Eh Jang” semakin memanaskan stadium Putra Bukit Jalil.

Bagi mereka yang tidak tahu, pemuzik iringan sepanjang majlis berlangsung adalah dari Ramli MS.

Kemenangan pada malam ini diteruskan lagi dengan Shaheizy Sam membawa pulang trofi Anugerah Pelakon Filem Lelaki Paling Popular.

Persembahan paling dinantikan pada malam ini kami kira adalah dari Jay Jay, Ella, M.Nasir dan juga Ziana Zain dengan masing-masing membawakan lagu medley “Fantasia Bulan Madu”, Pawana”,”Meniti Titian Usang”, “Rozanna”.

Anugerah Khas Sepanjang Hayat berjaya dimiliki oleh kumpulan Rock terkenal yang telah bersama selama 32 tahun, Search yang berjaya membawa kembali memori lama yang masih segar di dalam ingatan bagi setiap penggembar muzik rock tanah air.

Walaupun tanpa kehadiran Amy selaku vokalis yang terbang ke Turki untuk bercuti bersama keluarga namun footage ucapan terima kasih telah disediakan pihak krew ABPBH. Phewitt

Antara jeritan Fans yang kami dengar sepanjang berada di dalam Stadium Putra Bukit Jalil ini terdiri daripada Yana Super Friend, Aaronnators, Adi Putra Hot Lovers, Shilalas dan juga Fara Fauzana yang tidak putus-putus dari mula hingga tamat majlis.

Persembahan diteruskan lagi dengan Anugerah Penyanyi Lelaki Popular yang mana calon-calonnya begit sengit, namun begitu tuah berpihak kepada penyanyi yang popular dengan lagu “Awan Nano”, Hafiz Shuib.

Pelakon yang berjaya mengalahkan nama hebat seperti Maya Karin, Anugerah Pelakon Filem Waniya Popular berjaya dimenangi, Yana Samsudin. Wow, memang terkejut!

Persembahan Johan Raja Lawak ini boleh dikira epic kerana berjaya membuatkan penonton ketawa dengan video parodi popular Youtube Shae berjudul ‘Sayang’.

Ini paling dinantikan bagi semua tatkala pengumuman bagi Anugerah Bintang Paling Popular 2012 berjaya diungguli oleh Shaheizy Sam dengan undian sebanyak 76,000 yang mana membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 dan juga Seutas Rantai yang bernilai RM 150,000 tajaan dari Habib Jewel.

Ini merupakan kejayaan kedua bagi Shaheizy Sam, tahniah diucapkan kepada beliau!