Laporan: Rita Rudaini Menerima SMS Permohonan Cerai Dari Aidil Zafuan Semalam | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
11 April 2012, 4:04AM

Kisah ini masih belum sempurna malklumat yang kami ada kerana kami hanya sempat membaca satu petikan ringkas di’muka hadapan Utusan Malaysia hari ini.

Kisah pergolakan rumahtangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan nyata masuk ke fasa yang lebih sedih apabila laporan menyebut pihak lelaki sudah pun membuat satu permohonan untuk bercerai.

Lebih meruntun hati, berita suami beliau memohon penceraian telah di’terima pada hari Rita Rudaini menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 36 semalam.

Sebelum ini, Aidil Zafuan telah keluar meninggalkan Rita Rudaini & anak mereka — menurut cerita aktress ini suami’nya menurut kata telunjuk adik kembar dan isteri’nya untuk keluar rumah — sehingga ke hari ini.

Rita terima SMS akan diceraikan

KUALA LUMPUR 10 April – Hari jadi ke-36 yang disambut esok akan menjadi kenangan paling ‘meruntun hati’ dalam hidup pelakon Rita Rudaini Mokhtar apabila dia menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, telah membuat permohonan untuk bercerai.

Menurut Rita, pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri sudah memaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai permohonan perceraian itu.

Dalam SMS berkenaan Aidil antara lain menulis: “Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.”

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil ‘menghilangkan’ diri setelah keluar dari rumah mereka.

“Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>