fbpx

Walaupun KL Gangster merupakan filem pertama yang berjaya mengutip RM12 juta, secara keseluruhan kutipan filem tempatan menurun.

Hanya 6 filem berjaya mengutip lebih RM5 juta sejak Januari 2011 dari 24 buah filem yang di’tayangkan.

Enam buah filem tersebut adalah  KL Gangster (RM12 juta), Khurafat (RM8.1 juta), Kongsi (RM8.1 juta), Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.5 juta), Nur Kasih The Movie (RM5 juta) dan Karak (RM4.2 juta).

Menurut analisis New Straits Times hari ini, perkhidmatan Astro First adalah antara punca utama kutipan kurang memberansangkan ini selain peminat filem tempatan di’sajikan dengan lebih filem per bulan.

Tahun lepas, peminat filem tempatan hanya di’sajikan dengan 2 buah filem sebulan & kini mereka perlu memilih sehingga 4 buah filem buatan anak tempatan dalam sebulan.

Kemudahan untuk menikmati filem tempatan melalui Astro First selepas dua minggu filem di’tayangkan di layar lebar mempengaruhi keputusan penonton untuk menunggu sahaja filem terbabit keluar di kaca TV.

RM15 untuk seisi keluarga, pilihan yang semestinya lebih rasional & bijak dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Lanun DVD juga mengambil kesempatan ke’atas kemudahan Astro First ini dengan mengedarkan DVD filem terbaru di’pasaran sebaik sahaja ia’nya di’tayangkan di Astro First.

Apa kata anda?