fbpx

Klasik: Brad Pitt Pernah Digam Di Malaysia Kerana Wajah Terlalu Kacak

Ini kisah 10 tahun dahulu di’mana kami sendiri masa itu tidak ambil peduli sangat seputar industri hiburan Malaysia & perkara ini mendapat liputan antarabangsa.

Penghujung 90’an merupakan tahun tahun gemilang Brad Pitt & tidak hairan apabila pengeluar kereta terkemuka dunia Toyota memanggil beliau untuk berlakon sebuah iklan.

Namun, Timbalan Menteri Penerangan Malaysia ketika itu kata penampilan Brad Pitt dalam iklan televisyen boleh timbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat.

“Kenapa kita perlu menggunakan wajah mereka (merujuk Brad Pitt & model asing) dalam iklan di’sini — tidakkah wajah orang kita cukup kacak?” Lebih kurang apa yang di’katakan.

Jadi, kerajaan mengarahkan supaya iklan berdurasi 30 saat itu di’tarik semula daripada di’siarkan di TV tempatan dan video dalam persoalan untuk tontonan anda selepas ini.