fbpx

Kes Rogol: Zatul Serah Kepada Pihak Polis

Noor Nazatul Farahin atau lebih di’kenali dengan nama Zatul (Mentor) berkata yang beliau sudah menceritakan segalanya mengenai insiden rogol oleh Mohd (Mentor) kepada pihak polis.

Jelas Zatul lagi, kini adalah masa untuk pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Mohd & berharap kes tersebut dapat di’selesaikan secepat mungkin.

“Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka”

“Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini,” jelas Zatul lagi kepada mStar Online hari ini.

Mohd sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang beliau ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul yang di’dakwa memfitnah dan juga memburukkan nama beliau dengan insiden rogol ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.