fbpx

Anda pasti perasan yang akhir akhir ini memang banyak khabar angin & fitnah kurang enak yang kita dengar tentang Norish Karman — daripada isu anak beliau sehinggalah di’katakan merampas suami rakan sendiri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norish Karman mengakui yang beliau sudaj hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon akibat apa yang telah terjadi.

“Mereka menabur fitnah, mengeji dan menghina saya dengan sesuka hati, tanpa usul periksa. Saya ditekan dengan sebegitu rupa oleh pelbagai pihak, tanpa saya tahu, di mana salah saya”

“Ia banyak mempengaruhi periuk nasi saya sehinggakan saya terpaksa membuat pelbagai usaha lain bagi mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan,” ujar Norish Karman yang jelas kecewa.