fbpx

Kembali Rapat Bersama Fizz Fairuz: Almy Nadia Enggan Komen Lanjut

Kenyataan Fizz Fairuz baru baru ini yang mengatakan beliau kini kembali berkawan rapat dengan bekas kekasih, Almy Nadia mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat.

Ada yang mengatakan Almy Nadia patut terus menjauhkan diri dari Fizz Fairuz kerana perbuatan’nya bertunang secara senyap & tidak kurang juga menyokong peluang kedua di’beri. Hmm.

Namun Almy Nadia berkata melalui Murai hari ini yang beliau lebih selesa untuk memberikan apa apa kenyataan balas tentang apa yang telah di’perkatakan oleh Fizz Fairuz tentang hubungan mereka.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini. Cukuplah kerana saya tidak mahu memberikan sebarang komen. Saya rasa berdiam merupakan jalan yang terbaik buat diri saya,” ujar Almy Nadia.